Anak Bongsu KJ Terima Dos Pertama

13 Feb 2022 • 7:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pegawai perubatan menyuntik vaksin COVID-19 ke dalam badan Raif.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan anaknya yang berusia enam tahun telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di Twitter Khairy berkata, Raif yang merupakan anak bongsu telah menerima dos pertama di Pusat Dagangan Dunia  Kuala Lumpur (WTCKL) sambil ditemani ibunya, Nori Abdullah.

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif di WTCKL.

“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari COVID-19,” kata Khairy melalui ciapan di Twitter.

Beliau turut menyarankan agar ibu bapa segera mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Daftar anak anda untuk PICKids,” katanya.

Khairy turut memuat naik video berdurasi satu minit yang dirakam sendiri, memaparkan pegawai perubatan menyuntik bahu kiri anaknya pada jam 5.30 petang tadi.

Pada 3 Januari lalu, beliau memaklumkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin, menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera. - Getaran, 13 Februari 2022