Air Masin Menerobos Masuk, Kuala Terengganu Gangguan Kualiti Air

3 Feb 2022 • 1:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kuala Terengganu berdepan dengan gangguan kualiti air sejak dari semalam berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang.

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 24 daerah Kuala Terengganu berdepan gangguan kualiti air sejak semalam, akibat penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang.

Insiden tersebut  membabitkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong.

Jurucakap Syarikat Air Terengganu (SATU) berkata, pihaknya akan melepaskan air dari Empangan Kenyir untuk menyeimbangkan paras kepekatan garam dalam air mentah di muka sauk.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.

“Bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan juga akan dipantau,” katanya.

Antara 24 kawasan terjejas ialah Kampung (Kg) Losong, Kg Kubang Buyong, Kg Paloh, Kg Pulau Rusa, Kg Kuala Bekah, Kg Pulau Musang, Kg Sungai Rengas, Kg Kubang Tangga, Kg Durian Burung, Kg Bukit Kubang Jambu, Kg Wakaf Che Kapur, Kg Kubang Parit.

Kg Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kg Tokku, Kg Seberang Baroh, Kg Hiliran, Kg Bukit Kecil, Kg Pasir Panjang, Kg Gong Kapas, Kg Panji Alam, Kg Gong Pak Maseh, Jalan Budiman dan kawasan sekitar.

Menurut jurucakap, SATU akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang SATU, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan LinkedIn. - Getaran, 3 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved