“Ni Yang Solat Atas Jalan Tepi Stesen Minyak Tu Kan?” – Netizen

Entertainment
16 Feb 2022 • 11:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, tular di media sosial video serta gambar tangkap layar menunjukkan influencer Aisar Khaled dan pelakon Fify Azmi menari TikTok dengan aksi mesra.

Melalui perkongsian video yang dimuat naik Fify itu, Aisar dilihat memakai baju putih menari lagu parodi Gadis dan Bunga.

Apa yang membuat netizen kurang senang adalah apabila mereka dilihat berpelukan sebanyak dua kali. Mana tidaknya Aisar sebelum ini pernah viral mengajar seorang lelaki mengucap dua kalimah syahadah.

Instafamous dan Youtuber itu juga pernah menjadi tumpuan kerana tampil dengan video nasihat mengenai kewajipan menunaikan solat lima waktu.

Aksi ‘mesra’ mereka berdua ini secara tidak langsung mengundang netizen imbau kembali kerja-kerja dakwah yang pernah dibuat Aisar.

image is not available

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu dipercayai telah dipadam namun ianya telah dimuat naik kembali pengguna di Twitter.

Kredit: Twitter SyafaatNasir

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.