Kes Omicron meningkat, tapi pesakit kategori 4-5 kurang

20 Feb 2022 • 11:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa peningkatan kes varian Omicron Covid-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital.

Menerusi ciapan di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian juga berkurangan berbanding dengan varian Delta sebelum ini.

“Peningkatan kes varian Omicron Covid-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital serta kurang kes kematian berbanding dengan varian Delta dulu,” katanya pada Ahad.

Beliau turut memuat naik gambar bahawa vaksinasi dos penggalak dapat membantu mengurangkan kes kritikal dan kematian melibatkan pesakit Covid-19.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved