#TahukahAnda 5 Kepentingan Tidur untuk Kesihatan

Health & Fitness
16 Feb 2022 • 3:30 PM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Tidur tidak boleh dipandang remeh. Ini adalah lima kepentingan tidur untuk kesihatan yang kita semua perlu ambil tahu.

Akibat tidur yang tidak mencukupi, tahap kesihatan kita bermungkinan boleh terusik. Meskipun tidur adalah salah satu perkara yang biasa di dalam kehidupan, ianya sebenarnya memainkan peranan yang sangat mustahak untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang stabil.

Pada artikel kali ini, jom kita bincang dan teliti apa kepentingan tidur untuk kesihatan yang rasanya selama ini kita tidak pernah ambil peduli. Ikuti perkongsian ini.

image is not available
Photo by user18526052 on Freepik

1. Tidur yang Cukup Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Tahukah anda bahawa tidur yang cukup boleh mengurangkan risiko penyakit jantung?

Ya benar, berdasarkan beberapa kajian, kualiti serta tempoh tidur yang rendah dipercayai boleh meningkatkan risiko penyakit jantung (Sumber).

Malah menurut satu sumber analisis, dapatan kajian mendapati tempoh tidur yang pendek (kurang 7 jam) dan panjang (lebih 9 jam) boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular terutamanya dalam populasi Asia dan individu warga emas (Sumber).

2. Tidur untuk Meningkatkan Fokus dan Konsentrasi

Tumpuan perhatian kepada sesuatu pekerjaan sangat penting untuk membentuk kualiti produk dan servis pada tahap terbaik. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, prestasi otak akan terjejas dan seterusnya akan mengakibatkan fokus serta konsentrasi terganggu.

Terdapat kajian khusus yang dijalankan di kalangan para doktor dan hasil rumusan menunjukkan bahawa doktor-doktor yang mengalami gangguan tidur lebih berkemungkinan untuk melakukan kesilapan klinikal yang ketara (Sumber).

3. Kaitan Tidur dengan Kesihatan Mental

Jika anda sering mengalami masalah gangguan tidur, ada kemungkinan anda mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental seperti depresi ataupun kemurungan. Malah, salah satu tanda biasa depresi adalah seperti insomnia yakni ketidakupayaan untuk tidur.

Oleh yang demikian, sekiranya anda menghadapi masalah dan gangguan tidur, dinasihatkan agar segera mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

4. Kualiti Tidur dan Kadar Imuniti Badan

Selain kesihatan mental, kualiti tidur juga ada dikaitkan dengan fungsi imun di dalam badan. Terdapat banyak sumber-sumber medikal atas talian seperti Mayo Clinic yang melaporkan kaitan di antara tidur yang tidak cukup dengan tahap imuniti seseorang.

Mereka yang tidak cukup tidur besar berkemungkinan akan lebih mudah mendapat penyakit selepas terdedah kepada virus, contohnya seperti virus selesema. Bukan itu sahaja, kurang tidur juga mungkin bisa mempengaruhi tempoh dan kadar pemulihan seseorang setelah dijangkiti penyakit.

5. Tidur Mempengaruhi Pertambahan Berat Badan

Tidur yang tidak cukup akan mengakibatkan pertambahan berat badan. Ini fakta yang tidak dapat disangkal. Secara logikal, apa kebiasaannya yang anda lakukan ketika berjaga tengah malam?

Percayalah, ramai di kalangan kita yang gemar makan snek apabila tidak dapat melelapkan mata. Hakikatnya, ini adalah amalan yang tidak bagus. Jika diteruskan, tidak mustahil anda akan terjerat dengan masalah obesiti.

Menurut satu kajian yang dibentangkan di American Thoracic Society International Conference pada tahun 2006 mendapati bahawa wanita yang tidur selama 5 jam setiap malam adalah 32% lebih berkemungkinan mengalami pertambahan berat badan yang besar (sekitar sebanyak 14-15kg) dan 15% lebih berkemungkinan menjadi obes sepanjang tempoh kajian selama 16 tahun berbanding wanita yang tidur 7 jam (Sumber).


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.