Kenaikan Gaji, Majikan Jangan Beri Alasan Terbeban Kerana Sudah Dijadual

8 Feb 2022 • 3:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar fail AFP

KUALA LUMPUR - Majikan tidak seharusnya 'buat-buat terkejut' dan memberi alasan bahawa kenaikan gaji pekerja membebankan, kerana ia sememangnya perlu dilaksanakan setiap dua tahun.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, mereka sewajarnya sudah bersedia berdepan sebarang kenaikan gaji minimum, memandangkan semakan yang dijadualkan dibuat sekurang-kurangnya sekali bagi tempoh terbabit.

“Isu bahawa ia (kenaikan gaji) adalah membebankan tidak patut timbul kerana majikan boleh menganggar dan mengandaikan kenaikan ini lebih awal dengan berpandukan formula disediakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

“Dalam mana-mana perbincangan MTUC, mereka (majikan) akan kata bahawa bila ada kenaikan, ini membebankan dan sejak 2013 sehingga 2020, alasan sama diguna pakai,” katanya.

image is not available
Kamarul Baharin Mansor

Kali terakhir semakan dibuat adalah pada 1 Januari 2020 dan berdasarkan data itu, kenaikan seterusnya patut diadakan bermula 1 Januari 2022.

Menurut Kamarul Baharin, MTUC sudah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 bermula kali ini yang diperjuangkan sejak 2013.

Katanya, kongres itu turut memberi cadangan supaya kerajaan memperkenalkan pemberian kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bulanan sebanyak RM300.

“MTUC percaya kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 yang dicadang dilaksanakan pada tahun ini adalah tepat pada masa, dan memberikan sedikit kelegaan kepada pekerja dalam menghadapi cabaran COVID-19, sekali gus membantu merancakkan ekonomi negara,” katanya. – Getaran, 8 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved