Selepas pengecas, cuba teka aksesori seterusnya yang akan Samsung buang dari telefon

Digital
16 Feb 2022 • 11:23 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu demi satu aksesori dikesan ingin dikeluarkan daripada disertakan bersama setiap pembelian telefon Samsung. Menurut satu forum komuniti Samsung di Korea, ada pengguna yang mengutarakan tentang kenapa Samsung tak lagi menyertakan screen protector seperti selalunya pada siri Galaxy S22.

Berdasarkan jawapan pihak Samsung dalam bahasa Korea, ia mengandungi isi seperti Galaxy S22 menggunakan bingkai Armor Aluminum yang kukuh. Kemudian, panel depan dan belakangnya adalah daripada materi Corning Gorilla Glass Victus+, maka filem pelindung tidak diperlukan.

image is not available
Petikan daripada bebenang forum komuniti Samsung (sumber)

Tambahan pula, pasaran filem pelindung pihak ketiga adalah luas dan pengguna boleh mendapatkannya di sana dan sedikit sebanyak membenarkan industri itu bertumbuh.

Sekiranya factor selain kekuatan Galaxy S22 diambil kira, kedengaran seperti Samsung akan terus tidak menyertakan pelindung skrin untuk model-model yang akan datang.

image is not available

Walaupun tidak dinyatakan secara harfiah, pastinya pengguna boleh meneka sebab sebenarnya adalah untuk mengoptimumkan kos pengeluaran untuk telefon-telefon ini.

image is not available

Tapi jika anda rujuk pada video buka kotak rasmi Samsung, terdapat satu filem pelindung yang meliputi telefon ini. Cumanya ia tidaklah menyelaputi keseluruhan paparan sehingga ke bahagian sisi melengkung telefon itu. Bolehlah jadi pelindung sementara anda dapatkan pelindung yang lebih baik. Di luar sana, harga pelindung skrin tidaklah mahal anda boleh dapatkannya pada paras bawah RM10 untuk yang jenis asas.

Pada saya, ia bukanlah satu isu yang besar. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model dalam siri Galaxy S22 daripada Samsung, berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Galaxy S22 (RAM 8GB + Storan 128GB) RM3,499
  • Galaxy S22 (RAM 8GB + Storan 256GB) RM3,699
  • Galaxy S22+ (RAM 8GB + Storan 128GB) RM4,099
  • Galaxy S22+ (RAM 8GB + Storan 256GB) RM4,299
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 8GB + Storan 128GB) RM5,099
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) RM5,499
  • Galaxy S22 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) RM5,899

Bacaan berkaitan