Pelanggan Dakwa Baju Macam Hello Kitty, Butik Pengantin Tampil Pertahankan Diri

Women's Fashion
8 Feb 2022 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini kecoh di media sosial pengantin membatalkan tempahan pakej perkahwinan saat akhir dipercayai kerana baju yang ditempah tidak memuaskan hati.

Dalam perkongsian itu, pengantin mendakwa warna baju tidak sama dengan apa yang diminta. Dakwanya lagi, sebulan setengah sebelum majlis sanding, isu pemilihan kain masih belum selesai.

Jelas wanita ini lagi, disebabkan hal itu dia membuat keputusan paling gila iaitu membatalkan pakej perkahwinan 17 hari sebelum majlis berlangsung. Wanita ini menasihati bakal pengantin supaya bersedia dengan apa sahaja dugaan yang bakal berlaku.

Perkongsian pengantin

image is not available

19 hari sebelum majlis, aku baru first fitting ya. And korang boleh tengok sendiri hasilnya. Aku deal awal gila and hasilnya macam tu? Dia nak aku pakai baju hello kitty naik atas pelamin? Hahaha

image is not available

Ni baju contoh yang aku bagi. Tanya boleh buat tak? Boleh katanya..

Dakwa pengantin ini lagi, butik langsung tidak bertanya dahulu sebelum membeli kain yang dikatakan tidak sama dengan apa yang diminta. Malah, baju yang dijahit membuatkan dia kelihatan ‘berisi’ sedangkan beratnya hanyalah 47kg dengan ketinggian 157cm.

Butik tampil pertahankan diri

Tidak hanya mendiamkan diri, wakil daripada butik pengantin tampil dengan kenyataan balas. Individu ini menjawab 7 isu yang dibangkitkan pelanggan.

Butik pengantin turut mendakwa perlu menanggung kerugian disebabkan pengantin membatalkan tempahan saat akhir.

Individu ini juga tidak takut untuk menjawab kerana pihaknya bercakap benar. Baca penjelasan penuh di bawah:

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.