Gempar! 'Ular' Teman Penumpang Pesawat Terbang Dari KLIA Ke Sabah

11 Feb 2022 • 5:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dah macam dalam filem Hollywood 'Snakes On A Plane"!

Itulah situasi gempar dan mencemaskan para penumpang pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau, Sabah pada Rabu lepas -- apabila seekor ular dilihat sedang menyusur dalam bahagian lampu pesawat.

image is not available

Menurut laporan berita, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengesahkan pesawatnya yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku insiden di dalam penerbangan terbabit pada Khamis.

image is not available

"Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat.

"Insiden ini jarang berlaku pada mana-mana pesawat," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, Kapten kapal mengambil tindakan dengan sewajarnya sebelum penerbangan diteruskan ke Tawau supaya tiba dengan secepat mungkin.

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.

image is not available

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 14 saat menunjukkan terdapat kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat yang dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau.

Video yang tular di Tik Tok itu dimuat naik seorang pemilik akaun yang menyatakan bahawa pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak.