Rekaan Sony PlayStation VR2 Diperlihatkan

TechnologyGamingDigital
22 Feb 2022 • 9:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Setelah rekaan diacah beberapa bulan yang lalu, hari ini rekaan sebenar Sony PlayStation VR2 akhirnya diperlihatkan secara rasmi. Set kepala realiti maya ini berwarna hitam dan putih supaya padan dengan rekaan konsol PlayStation 5 serta hadir dengan dua alat kawalan realiti maya.

image is not available

Rekaan pendakap kepala masih lagi sama seperti PS VR asal dimana berat disebarkan dengan lebih seimbang bagi memastikan keselesaan masa panjang. Turut diperkenalkan untuk meningkatkan keselesaan ialah lubang udara untuk mengelakkan lensa VR berkabus kerana haba dan juga sejatan peluh. Lensa juga boleh dilaraskan bagi menukar jarak fokus. Ini petanda PS VR2 boleh digunakan pemain rabun tanpa cermin mata.

image is not available

Terdapat empat kamera di hadapan untuk penjejakan dunia luar ke dunia maya dan hanya satu kabel dari set kepala ke konsol. Alat kawalan mempunyai konfigurasi butang yang sama dengan DualSense dan pastinya menyokong picu adaptif untuk tindak balas haptik yang realistik.

image is not available

Sony turut berkata terdapat sokongan tindak balas pada set kepala juga. Skrin yang digunakan kelak menyokong resolusi 4K. Lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh Sony sebelum PlayStation VR2 dilancarkan kelak.

Sumber Sony

View Original Article