Persoal Cara Kerja Staf KLIA, Lelaki Ini ‘Tersentak’ Dibasuh Netizen

16 Feb 2022 • 1:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
staf klia

Baru-baru ini viral satu video di TikTok apabila seorang lelaki mempersoalkan cara kerja staf KLIA menguruskan troli beg menggunakan escalator.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @fariz.mi, dia telah meletakkan caption “KLIA Is this safe?” dan mendapat sindiran daripada para netizen.

Netizen sindir viralkan staf KLIA

Fariz mempersoalkan cara staf KLIA menguruskan troli menggunakan escalator dan menganggap perbuatan itu sebagai ‘merbahaya’.

Fariz yang memuat naik video tersebut telah mendapat kecaman dan sindiran daripada netizen yang menonton video tersebut. Ramai memberi soalan adakah dia tidak pernah melihat pekerja di mall atau KLIA menguruskan troli?

Menerusi ruangan komen di TikTok tersebut, ramai netizen yang beri sindiran dan menjawab soalan dari caption video itu dengan ‘sindiran’.

image is not available

image is not available

image is not available

Siapa yang selalu ke KLIA dan menggunakan troli untuk mengangkat beg, pasti dah tahu yang cara staf KLIA tersebut tidaklah berbahaya.

Mungkin orang yang merakam video tersebut memang tidak tahu akan keselamatan troli tersebut. Dah cukuplah beri kecaman dan sindiran dekat dia okay? Takut lain pula jadinya nanti.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media