Lelaki Rogol Bekas Kekasih Berusia 16 Tahun

14 Feb 2022 • 1:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dos penggalak

Seorang pembantu klinik haiwan yang berusia 35 tahun didakwa merogol bekas kekasihnya di Mahkamah Sesyen hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku pada September 2015 dimana tertuduh merogol seorang perempuan berusia 16 tahun yang merupakan bekas kekasihnya di sebuah rumah kosong di Bukit Merak, Bachok.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Dia juga memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadapnya selepas ditawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudiannya mengurangkan jumlah ikat jamin menjadi RM10,000 dan memberi syarat untuk tidak lagi mengganggu mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.