Tujuh kematian baharu Covid-19 direkod, 1 BID

2 Feb 2022 • 9:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,985 orang, daripada 2.85 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, satu daripada tujuh kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 57,152 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 49,787 individu atau 87.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,211 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,041 kes dirawat di hospital dan 113 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 59 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved