Ramai Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Doktor Ini Dedah Risikonya

Health & FitnessFamily & Parenting
7 Feb 2022 • 5:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang doktor yang menegur tindakan sesetengah ibu bapa menggunakan kaedah tuam kepala anak demam menggunakan tuala basah.

Amalan turun temurun ini telah menjadi kebiasaan buat ibu bapa yang merasa bimbang setiap kali anak mereka mengalami demam.

Menerusi video tersebut, doktor mendedahkan tindakan tuam kepala dengan tuala basah ini sebenarnya boleh mengundang risiko sawan buat kanak-kanak.

image is not available

Bila kepala panas sangat sawan akan naik. Apa yang berlaku adalah haba itu akan terperangkap di bawah tuala.

Menurutnya lagi, haba panas di bawah tuala akan terus terperangkap dan gagal dilepaskan. Sebaliknya, ibu bapa boleh sapukan air secara terus ke kepala, leher, dah juga ketiak anak bagi mengurangkan suhu badan mereka.

Elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak tak menggigil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana baru mengetahui tentang perkara tersebut. Sekali gus mengucapkan terima kasih kepada penjelasan doktor berkenaan.

“Orang dulu-dulu namanya petua, saya pun tak suka letak tuala dekat kepala anak sebab wap tak keluar,” tulis seorang netizen.

“Terima kasih doktor bagi ilmu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Kredit: TikTok @klinikttdi_sgbesi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.