Lonjakan hampir 2,000 kepada 19,090 kes Covid-19 hari ini

10 Feb 2022 • 3:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 FEB: Jumlah jangkitan Covid-19 meningkat hampir 2,000 kes kepada 19,090 orang hari ini berbanding 17,134 kes semalam.

Seperti sebelum ini, lebih kurang 99 peratus pesakit atau 18,977 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada kes yang dilaporkan pada hari ini, 113 kes atau 0.59 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Majoriti berada dalam kategori 2, pecahan jumlah kes mengikut kategori seperti berikut:

Kategori 1: 4,898 kes (25.66 peratus)
Kategori 2: 14,079 kes (73.75 peratus)
Kategori 3: 79 kes (0.41 peratus)
Kategori 4: 28 kes (0.15 peratus)
Kategori 5: 6 kes (0.03 peratus)

Aliran peningkatan ketara kes dikesan sejak seminggu lalu bermula pada Khamis lepas dengan 5,720 kes, 10,089 kes (Ahad) dan 13,791 (Selasa).