11 kawasan di Klang alami gangguan air

28 Feb 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook berkata, penutupan bekalan air perlu dilakukan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.

Menurut kenyataan itu, bekalan air di kawasan terjejas akan ditutup mulai jam 8 malam pada Isnin.

"Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 4 pagi Selasa dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," menurut kenyataan itu pada Isnin.

Kawasan terlibat adalah Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan Laksamana, Jalan Raja Nong,Jalan Seri Sarawak, Jalan Sungai Jati, Jalan Temenggung, Taman Rakyat dan Taman Sentosa.

Tambah kenyataan itu, pengguna boleh merujuk status pemulihan bekalan air di saluran komunikasi Air Selangor atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Kata kenyataan itu, sebarang pertanyaan atau aduan juga boleh dibuat menerusi Help Centre yang di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved