Panasonic Lumix GH6 Dilancarkan Dengan Sensor 25.2 MP M4/3

TechnologyDigital
22 Feb 2022 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kamera digital Panasonic Lumix GH6 dilancarkan semalam dengan sensor 25.2 Megapixel micro 4:3. Sensor ini dipadankan dengan cip pengimejan Venus Engine yang dikatakan dua kali ganda lebih berkuasa berbanding cip yang digunakan sebelum ini. Bagi memastikan imej yang diambil stabil, GH6 dilengkapi sistem IBIS lima paksi.

image is not available

Julat ISO untuk imej pula adalah di antara 50-25,600 dan video pula ialah antara 50-12,800. Kemampuan rakaman video adalah sehingga 4:2:0 10-bit 5.8K 30p dan meningkat ke 300p pada resolusi FHD. Sokongan rakaman DCI4K, FHD ProRes 422 HQ, dan ProRes 422 akan diberikan menerusi kemas kini di masa hadapan.

image is not available

Sementara itu kemampuan rakaman gambar pula ialah 14 FPS dalam mod AFS menggunakan pengatup mekanikal dan sehingga 75 FPS menggunakan pengatup elektronik.

image is not available

Kamera dilengkapi panel LCD sebesar 3″ 3:2 di bahagian belakang dan sebuah viewfinder OLED dengan 3.68 juta titik. Kapasiti bateri ialah 2200 mAh yang boleh dicas terus dari dalam kamera menggunakan port USB-C. Dua slot kad memori adalah untuk CFexpress Type B dan kad SD UHS-II.

Panasonic Lumix GH6 akan mula dijual bermula Mac pada harga $2,200 (~RM 9204) untuk tubuh sahaja dan $2,800 (~RM 11,715) dengan lensa Leica 12-60mm f/2.8-4.