DuriooPlus Kini Boleh Distrim Pada Harga RM12.90 Sebulan – Kandungan Memfokuskan Kanak-Kanak Muslim

TechnologyDigital
18 Feb 2022 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Durioo hari ini telah melancarkan perkhidmatan penstriman mereka, dinamakan DuriooPlus. Untuk makluman, perkhidmatan penstriman ini diasaskan oleh pasukan disebalik Didi & Friends dan juga Omar & Hana sebelum ini.

DuriooPlus hadir dengan penawaran kandungan memfokuskan kanak-kanak muslim. Secara kasar, mereka memasarkan ia sebagai “Disney” untuk kandungan muslim.

image is not available

Ia ditawarkan secara berbayar, pada harga langganan RM12.90 sebulan, atau RM129.00 untuk setahun. Pengguna boleh mengikuti kandungan DuriooPlus ini melalui pelayar web, atau melalui aplikasi iPhone.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman DuriooPlus hari ini, dan melihat kandungan percuma yang ditawarkan – dan memilih untuk melanggannya.