BlackBerry Tinggal Sejarah – Projek Telefon BlackBerry 5G Dibatalkan?

TechnologyDigital
11 Feb 2022 • 10:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

BlackBerry pada awal tahun ini telah menjual paten berkaitan peranti mudah-alih selain mengatakan tidak lagi akan menyokong aplikasi Android selepas Ogos 2022, dan kini dilihat mungkin tidak ingin melibatkan jenama mereka dengan pengeluaran telefon pintar lagi selepas ini.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan OnwardMobility mungkin tidak akan mengeluarkan telefon pintar BlackBerry 5G seperti sasaran awal, disebabkan lesen untuk penggunaan BlackBerry telah dibatalkan.

Ini juga membuatkan projek telefon pintar berkenaan tidak lagi diteruskan. 

Mengikut sumber awal, ia dikatakan disebabkan oleh gangguan pada bekalan semikonduktor dan pengeluaran peranti sejak kebelakangan ini, selain perubahan pada visi BlackBerry, projek telefon pintar ini dipilih untuk tidak dteruskan lagi.

image is not available

Buat masa ini, pihak OnwardMobility tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan laporan terbaru ini.

Adakah dengan ini, kita tidak lagi akan melihat jenama BlackBerry pada telefon, dan ia akan kekal sejarah sahaja selepas ini?