Infinix Zero 5G Kini Rasmi – Skrin 120Hz, MediaTek Dimensity 900, Kamera 48MP

TechnologyDigital
9 Feb 2022 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kewujudan Infinix Zero 5G bukanlah satu hal yang asing, sebaliknya ia sedia diacah menerusi beberapa perkongsian sebelum ini. Malahan, pengenalannya di India juga telah sedia diacah, tetapi peranti nampaknya telah diumumkan di Nigeria terlebih dahulu.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Zero 5G dilengkapi skrin 6.78-inci IPS LTPS FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 128GB (UFS 3.1). Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 33W.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 48MP + 13MP + 2MP. Tidak ketinggalan, kamera ini juga dibekalkan kebolehan zum mencapai 30X dan sokongan dwi LED Flash. Melengkapi peranti juga adalah kamera hadapan 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, menjalankan XOS 10 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

image is not available

Harga jualan peranti adalah ₦169,500.00 (~RM1,700). Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Cosmic Black, Horizon Blue dan Skylight Orange. Buat masa ini, belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved