
BEAUFORT: Orang ramai diminta agar tidak menghalang pili bomba untuk memudahkan Bomba dan Penyelamat menggunakannya ketika kecemasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, sebagai contoh jangan meletakkan kenderaan pada petak kuning berdekatan pili bomba kerana ia akan menyukarkan bomba itu untuk menggunakannya sekiranya berlaku kebakaran.
“Ini akan mengambil masa untuk mengalihkan kenderaan ini.
“Sebab itu bomba tiada pilihan terpaksa mengenakan kompaun pada kereta yang diletakkan berdekatan pili bomba,” katanya kepada Daily Express di sini pada Ahad. Tambah Mohammad Hasbullah, ini akan membuang masa Bomba untuk operasi menyelamat.
“Mahu tidak mahu bomba terpaksa memecahkan kereta tersebut untuk membolehkan operasi menyelamat dapat dijalankan.
“Tiada ganti rugi akan dibayar terhadap kenderaan yang dipecahkan sebaliknya mereka yang akan dikompaun kerana telah menghalang tugas-tugas bomba,” katanya, dan menambah, pihaknya akan pemeriksaan dengan kerap untuk memastikan pili bombanya bebas daripada sebarang halangan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

