Sprm Sabah tahan pengetua sekolah

19 Feb 2022 • 12:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pengetua sekolah yang disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk memberikan kontrak pembekalan bernilai lebih RM36,000 kepada perniagaan keluarganya.

Menurut sumber, lelaki berumur dalam 50-an itu didakwa memberikan kontrak kepada syarikat milik isteri dan abangnya untuk membekalkan kepada sekolah di mana dia bekerja.

Pengetua sekolah itu dipercayai ditahan di pejabat SPRM di sini sekitar jam 10 pagi, Jumaat.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika ditanya mengesahkan penahanan itu berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di di sini, dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau berkata pada 2019 sehingga awal tahun ini, seramai 13 pengetua dan guru besar sekolah telah ditahan dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, manakala dua lagi disabitkan kesalahan.

Beliau berkata, sejak 2019, SPRM telah mengadakan beberapa sesi penerangan kepada pengetua dan guru besar mengenai kesalahan di sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Antara program terbaharu anjuran SPRM di Sabah ialah seminar pengetua sekolah daerah Sandakan dan Beluran pada 6 Februari di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pengetua dan guru besar sekolah serta semua warga pendidik agar tidak menyalahgunakan jawatan dan sentiasa menunaikan amanah yang diberikan dengan penuh integriti.