Lori tangki melintang, jalan sesak 5km

8 Feb 2022 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BENTONG - Laluan di Kilometer (KM) 35.2 hala timur di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak dekat Genting Sempah di sini sesak kira-kira lima kilometer susulan kemalangan melibatkan sebuah lori tangki melintang.

Anih Berhad memaklumkan, kerja-kerja pengalihan kenderaan tersebut dijalankan bermula jam 4 petang.

"Pihak kita mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 3 petang.

"Trafik mula perlahan dari KM32.2 dan kerja-kerja pengalihan dilakukan oleh petugas terlibat," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Lori tangki tersebut telah berjaya dialihkan dan trafik kembali pulih pada jam 4.30 petang.

3.25pmKL-KARAK@E8 :Terdapat kemalangan treler terbabas di laluan Gombak-Genting Sempah (KM 35.1 arah Timur). Semua lorong terhalang.

Trafik sesak 3.2 km sebelum Terowong Genting Sempah arah Timur.

Hati-hati memandu. pic.twitter.com/Ycs97GBcaH

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved