Guru Ditahan, Liwat Penghuni Pusat Tahfiz

8 Feb 2022 • 8:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dos penggalak

Seorang guru tahfiz ditahan atas dakwaan meliwat beberapa penghuni yang berusia antara 12 hingga 14 tahun di sebuah pusat tahfiz di Kemaman.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian dikatakan berlaku pada minggu lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan.

Hal ini terbongkar selepas seorang daripada pelajar tahfiz berkenaan tampilkan diri untuk membuat laporan polis.

Kemudian suspek yang berusia 23 tahun itu telahpun ditahan pada jam 11 malam tadi sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kemaman untuk mendapat perintah tahanan reman tadi.

Polis mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dan suspek sudah diberhentikan tugas oleh pengurusan pusat itu.

Kita percaya ada lagi pelajar lain yang turut menjadi mangsa dan meminta mereka tampil membuat laporan.

Kes ini disiasat mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan dan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.