KJ Bakal Buat Pengumuman Penting Petang Ini

7 Feb 2022 • 1:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Khairy Jamaluddin - Gambar Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam satu ciapan di Twitter, Khairy berkata beberapa isu penting akan disentuh menerusi sidang akhbar jam 5 petang nanti.

"Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini," katanya hari ini.

Difahamkan, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Peningkatan pergerakan sempena cuti umum selain kesan varian Omicron menjadi antara punca peningkatan kes positif COVID-19 kebelakangan ini.

Seperti yang diramalkan, jumlah kes harian COVID-19 terus menyaksikan peningkatan dengan 10,089 jangkitan baharu dilaporkan sejak Ahad.

Angka terbaharu yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini sebanyak 2,914,220. - Getaran, 7 Februari 2022.