
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu perkongsian daripada seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa apabila kekasih hatinya tiba-tiba bertunang dengan orang lain secara senyap-senyap.
Menerusi video tersebut, mereka berdua sempat keluar ‘dating’ sehari sebelum kekasihnya bergelar tunangan orang.
Jelas lelaki berkenaan, dia memang ‘down’ teruk saat menerima berita kekasih sudah bertunang.

Hebat permainan dia, semalam keluar elok-elok, hari ini dah jadi tunang orang lain, manusia memang tak ada hati perut macam ni gamaknya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 2.3M tontonan, 214.7K tanda suka, dan 21.4K komen di laman TikTok.
Jika tahu kekasih sudah berpunya saya tidak akan tergamak untuk mendekati gadis itu.
@terlalucomplicated Hebat permainan dia,semalam keluar elok2,harini dah jadi tunang orang lain,manusia memang takda hati perut macam ni gamaknya..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat untuk lelaki berkenaan terus kekal kuat.
“Mana hati perasaan dia weh, aku sebagai wanita tak boleh brain perangai macam ni, kifarah tu ada, nanti dia rasa lagi teruk dari yang dia buat dekat orang,” tulis seorang netizen.
“Aku tak faham, diorang buat orang macam ni tak rasa sebersalah langsung ke? kalau tak suka cakap tak perlu buat kerja dalam diam macam ni, sakit tahu tak,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
"Makin Merepek!" - Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?
The post “Hebat Permainan Dia” – Baru Keluar ‘Dating’ Semalam, Hari Ini Kekasih Jadi Tunangan Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

