
Sumber: Premier League
Beberapa hari lepas, tular satu video di media sosial dimana seorang pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, West Ham bernama Kurt Zouma menendang kucing peliharaannya yang berbaka bengal seperti dia tendang bola di padang. Bukan setakat itu saja, kucing-kucingnya ditampar dan dibaling dengan kasut juga. Dah la kejam menganiaya kucing-kucing tersebut, dia lakukan perkara terkutuk ini di depan anak kecilnya sendiri sambil aksi-aksinya dirakam adik lelakinya diselangi dengan gelak ketawa.
A video obtained by The Sun allegedly shows footballer Kurt Zouma kicking and hitting his cat.
It’s absolutely disgusting and disturbing footage. I hope he is prosecuted for animal cruelty. pic.twitter.com/3K7xMeHh5j
Kelakar ke aniaya binatang?
Ironinya, Kurt Zouma merupakan seorang Duta untuk “Seed Charity” iaitu suatu organisasi amal yang membantu memberi tempat perlindungan untuk big cats seperti singa, harimau, harimau belang, harimau dahan dan banyak lagi. Pelik juga orang yang diangkat menjadi duta haiwan sebaliknya membuli dan menganiaya haiwan peliharaannya sendiri.
Disebabkan video tular yang dikongsi media The Sun di laman web mereka beberapa hari lepas, lebih daripada 150,000 orang telah menandatangani petisyen atas talian menyuarakan sokongan untuk mengenakan denda ke atas Kurt Zouma dan melaporkan tindakannya ke pihak berkuasa. Disebabkan asakan yang hebat ini, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) di United Kingdom mengambil tindakan merampas kedua-dua kucing Bengal peliharaan Zouma darinya dan mengenakan denda ke atas Zouma. Denda tersebut akan didermakan ke badan-badan kebajikan.
Cuba teka berapa denda yang dikenakan? £250,000! Tapi, tahukah anda £250,000 itu hanya gaji Zouma selama dua minggu sahaja?

Sumber: Mirror UK
Walaupun Zouma serta merta bersetuju dengan denda yang dikenakan ke atasnya, semestinya dia tidak sangka akan menerima layanan buruk dari penyokong Watford sewaktu pertembungan di antara West Ham dan Watford minggu lepas. Pemain bola sepak itu di”boo” dan apabila dia tergelincir di atas padang, penyokong-penyokong pasukan lawan didapati menyanyi beramai-ramai “That’s how your cat feels” (Begitulah yang kucing kau rasai). Boleh tahan kelakar juga penyokong-penyokong Watford ya?
Disebabkan tindakan bodoh yang dirakam dalam video pendek yang tersebar luas tersebut, dua jenama besar dunia, Adidas dan Vitality menarik penajaan ke atas Zouma. Selain itu, Experience Kissimmee, sebuah Badan Autoriti Pelancongan bagi Osceola County di Florida juga menarik sokongan mereka buat West Ham.
Nampak macam benda kecil kan, tapi tindakan menganiaya kucing (atau mana-mana haiwan lain) sebenarnya memberi kesan dan impak yang besar kepada pelaku, terutamanya bila pelaku adalah seorang individu terkenal. Sebagai seorang ikon bola sepak, Zouma sepatutnya menjaga tindak tanduk dirinya kerana besar kemungkinan tindakannya akan mempengaruhi orang lain — terutamanya anak-anak muda.
Akhir sekali, disebabkan isu denda dan jumlah denda yang diberitahu umum, beberapa pemain West Ham pula menyuarakan tidak puas hati mereka kepada kelab kerana mereka merasakan bahawa gaji mingguan mereka sangat rendah dibandingkan dengan Zouma. Nampaknya, bukan saja Zouma membawa “malu” kepada kelab West Ham tetapi juga menimbulkan isu internal dalam kelab.
Bertabahlah, penyokong-penyokong West Ham.
Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.