
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Turki untuk mewujudkan hubungan perdagangan secara langsung dengan negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
“Kami mengalu-alukan idea itu dan kerajaan Sabah akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan pelaburan dari Turki,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu di sini, Isnin.

