Kontak rapat tiada gejala, terima dos penggalak tidak perlu kuarantin

25 Feb 2022 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTRAJAYA: Individu berumur 18 tahun ke atas yang menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang menerima dos penggalak dan tidak bergejala pada hari pertama, tidak perlu menjalani kuarantin bermula 1 Mac depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata prosedur baharu itu diperkenalkan berdasarkan penilaian risiko sebagai satu langkah ke arah endemik.

Namun begitu, beliau berkata kontak rapat yang tidak perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), perlu melakukan ujian pantas antigen (RTK) kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes positif Covid-19.

Katanya, sekiranya keputusan positif, individu perlu melaporkan di aplikasi MySejahtera dan menjalani kuarantin, dan jika negatif pada hari pertama dan ketiga individu tersebut boleh meneruskan urusan seperti biasa.

“Ini adalah satu pendekatan melalui penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM). Sekiranya tidak gejala kemungkinan ‘viral load’ (beban virus) itu tinggi,” katanya pada sidang media perkembangan situasi Covid-19 di sini pada Khamis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.