
SANDAKAN: Pasukan Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (Persiap) Penjara 2 Sandakan muncul johan pada Pertandingan Boling Piala Pengerusi Perkep Sandakan 2022 di Champ’ Bowl Sandakan, Jumaat lalu.
Pasukan itu memperoleh 1,490 jatuhan pin keseluruhan menerusi empat orang pemainnya.


