Bekas pengurus kanan SESB dipenjara, denda

9 Feb 2022 • 12:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang bekas pengurus kanan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan berumur 51 tahun pada Selasa dihukum penjara 18 bulan dan didenda RM295,000 atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.

Sufian Abdul Ghani, seorang bekas pengurus kanan Jabatan Pengurusan Gudang dan Logistik SESB mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Khas Rasuah Abu Bakar Manat atas semua pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Sufian atas pertuduhan pertama, secara rasuah menerima RM44,000 daripada Nordin Abdillah menerusi sekeping cek bank kepunyaan Shadaz Enterprise, yang didepositkan ke dalam akaun bank di bawah nama Binoun Jaya company, yang dimiliki seseorang bernama Sham Charles William pada 9 Mac, 2017 di bank CIMB cawangan Inanam.

Atas pertuduhan kedua, Sufian secara rasuah menerima RM5,000 daripada Phang Thou Kim ke dalam akaun banknya pada 16 Oktober, 2017 di Maybank cawangan Karamunsing, Kota Kinabalu.

Sufian untuk pertuduhan ketiga menerima cek bernilai RM10,000 daripada Phang pada 4 Mei, 2018 di sebuah rumah di Kg Seroja, Likas.

Pertuduhan menyatakan bahawa wang berjumlah RM59,000 itu sebagai dorongan untuk melancarkan semua urusan tuntutan kerja yang dilakukan oleh Shadaz Enterprise terhadap Jabatan Pengurusan Gudang dan Logistik SESB dan juga memastikan Shadaz Enterprise mendapat projek kerja kecemasan daripada jabatan terbabit.

Sufian dipenjara enam bulan untuk setiap pertuduhan dan diperintah membayar denda sebanyak RM220,000 atau tiga bulan penjara untuk pertuduhan pertama, didenda RM25,000 atau sebulan penjara atas pertuduhan kedua dan didenda RM50,000 atau sebulan penjara, untuk pertuduhan ketiga.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara serentak bermula Selasa.

Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akra Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang dari lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Viviana Chew, yang mewakili Sufian merayu hukuman ringan dan agar hukuman dijalankan serentak.

Chew menghujahkan, antara lain, Sufian sudah berkhidmat dengan SESB selama 29 tahun sebelum diberhentikan kerja dan kemudian bekerja sebagai pengajar separuh masa di sebuah kolej swasta tempatan.

Sufian, yang berkahwin dengan lima orang anak, mempunyai masalah kesihatan, kata Chew, dan menambah, ia adalah kesalahan pertamanya dan dengan mengaku bersalah dia sudah menjimatkan masa mahkamah.

Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Baharom memohon hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada Sufian, orang wam dan bakal pesalahan kerana kes rasuah merupakan kesalahan serius.

Sufian gagal membayar denda itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.