“Bod*h, B*bi” – Suami Pertikai Isteri ‘Pau’ Air RM30 Buat Netizen Tak Senang Duduk

Entertainment
28 Feb 2022 • 3:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya akan lalui fasa naik turun dalam hubungan mereka dan realitinya tidak akan sentiasa romantis serta pasti ada pergaduhan.

Samalah seperti pasangan suami isteri yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gurauan kasar mereka disalah erti oleh netizen.

Menerusi perkongsian video tersebut, ia telah meraih perhatian ramai melihat reaksi si suami terkejut apabila membayar minuman Starbucks milik isterinya.

@nhytie.h

Da lama tak scam laki sndiri image is not available HAHAHAHA

♬ original sound – Nhytie.h

Difahamkan, si isteri merahsiakan harga minum terbabit dari awal kerana mahu melihat reaksi si suami dan beliau ‘gelak besar’ apabila suami terkejut lalu memaki hamun dirinya selepas membayar harga minuman yang lebih dari RM30.

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen berasa tidak senang duduk mendengar cara percakapan suami itu kepada isterinya yang sememangnya kasar.

Sedar akan kekecohan yang berlaku di ruangan komen video yang dimuat naik oleh isterinya, si suami turut meninggalkan komen dengan mengatakan itu merupakan cara gurauan mereka sebagai pasangan suami isteri.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.