Mastura, Penyanyi ‘Apo Kono Eh Jang’ Sudah Kembali Ke Rahmatullah 

Music
9 Feb 2022 • 11:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyanyi Mastura Ismail yang terkenal dengan lagu 'Apo Kono Eh Jang' telah pun kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 8.50 malam tadi. 

Perkhabaran itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Seniman, Hafiz Nafiah dalam siaran akhbar ringkas. 

image is not available

Beliau yang dilaporkan menghidap kanser ovari tahap empat meninggal dunia pada usia 65 tahun di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Cheras. 

Jenazah Mastura akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Taman Rakan, Cheras sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Long sebelum Zohor esok. 

Mastura atau nama sebenarnya, Mastura Domo Ismail dilahirkan pada 16 April 1957 di Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang. 

Mencipta nama sebagai penyanyi rakaman pada tahun 80-an, Mastura popular dengan lagu duet bersama Ally Nor, 'Apo Kono Eh Jang'. - Getaran, 9 Februari 2022

Gambar: Seniman, Facebook Mastura & cover album Nasa Abdul Karim (deejay radio) 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved