Honor Buds 3 Pro Diumumkan Dengan Kebolehan Memantau Suhu Badan

TechnologyDigital
28 Feb 2022 • 9:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor boleh dikatakan tidak asing dalam segmen aksesori audio dan terkini, mereka hadir dengan produk baharu menerusi pengenalan Honor Buds 3 Pro, sebentar tadi. Jelas kelihatan, ia mempunyai rekaan tubuh bertangkai dengan padanan silikon lembut jenis dalam telinga. Di samping itu, ia turut sama dilengkapi dengan pod pengecasan berbentuk bujur bersama satu lampu indikator pada bahagian hadapan.

image is not available

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Honor Buds 3 Pro dilengkapi pemandu audio bersaiz 11mm, di samping mikrofon dengan sensor piezoelektrik untuk penggunaan lebih baik. Selain itu, ia juga hadir dengan sejumlah fungsi tambahan lain seperti pembatalan hingar adaptif, kebolehan membaca suhu badan, tambatan pantas menerusi blutooth 5.2 dan pelindungan piawaian IP54. Untuk makluman, ciri kebolehan mengesan suhu tubuh berkenaan dibina berasaskan sokongan kecerdasan buatan (AI) dan setiap kemas kini keputusan akan direkodkan secara masa nyata.

image is not available

Dengan bateri sebesar 410mAh, Honor Buds 3 Pro mampu beroperasi mencapai tempoh 6 jam pada buds asal. Namun begitu, tempoh operasi ini meningkat kepada 24 jam lamanya apabila ia dipadankan dengan pod pengecas. Port sambungan USB-C turut disertakan untuk proses pengecasan semula fon telinga apabila perlu. Untuk harga, Honor Buds 3 Pro dijual pada harga EUR199 untuk seunit.