Salah Guna Kuasa Beli Tiket Penerbangan Keluarga, Pengarah Jabatan Ditahan SPRM

15 Feb 2022 • 5:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
SPRM menahan seorang pengarah sebuah jabatan bagi siasatan kes salah guna kuasa.

KOTA KINABALU - Seorang pengarah sebuah jabatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur, semalam, selepas dipercayai menyalahguna kuasa meluluskan tiket penerbangan untuk keluarganya bernilai RM6,000.

Suspek berusia 54 tahun itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara tahun 2017 dan 2018 ketika menyandang jawatan pengarah sebuah kolej awam di Tawau.

Difahamkan lelaki itu meluluskan tiket penerbangan bagi isteri dan anaknya bernilai kira-kira RM6,000, sedangkan mereka tidak layak menerima kemudahan tersebut.

Suspek didakwa beberapa kali membeli tiket berkenaan untuk isteri dan anaknya ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, berbanding kelayakan sebenar iaitu sekali dalam tempoh setahun.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata, suspek diarahkan hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur, pada jam 9 pagi semalam, bagi membantu siasatan sebelum ditahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek telah dilepaskan dengan bon jaminan SPRM dan seorang penjamin.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada 24 Februari ini," katanya. – Getaran, 15 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved