ATM rancang peroleh penambahan aset untuk kegunaan Malbatt

22 Feb 2022 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merancang memperoleh sejumlah 15 trak tiga tan dan 20 kenderaan pacuan empat roda FFR (Fitted for Radio) untuk kegunaan Batalion Malaysia 850-9 (Malbatt 850-9) di Lubnan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perolehan aset baharu itu bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan operasi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

"Perkara ini sekali gus membina keyakinan warga Malbatt untuk memberikan khidmat yang terbaik sepanjang menjayakan misi UNIFIL ini.

"Selain itu, warga Malbatt diingatkan untuk melihat tatacara pelaksanaan misi UNIFIL serta menilai kebolehupayaan rakyat tempatan dalam memastikan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam ucapan perbarisan sempena lawatan kerja beliau ke Malbatt-9 di Lubnan.

Teks ucapan beliau diedar oleh ATM di sini pada Selasa. - bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved