Elaun Ahli Majlis PBT Ditahan, Perkhidmatan Tamat Jika KPI Kurang 50 Peratus

11 Feb 2022 • 3:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kpi

Tindakan penahanan elaun bulanan dan perkhidmatan Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) akan ditamatkan jika memperoleh petunjuk prestasi utama (KPI) kurang daripada 50 peratus bagi tempoh tiga bulan berturut-turut atau sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmatan.

Menerusi laporan Awani, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka menyatakan KPI tersebut ditetapkan mengikut Laporan Penilaian Prestasi Bulanan (LPNB) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka untuk pastikan ahli majlis yang dilantik memainkan peranan dan tangunggjawab mereka.

Ahli majlis perlu peka dan proaktif

image is not available

KPI ini sebahagian penambahbaikan penilaian ahli majlis yang dilakukan pada tahun ini bertujuan bagi memperkasakan perkhidmatan mereka berdasarkan aktiviti harian seperti kehadiran mesyuarat, penganjuran program kebersihan dan aktiviti gotong-royong di kawasan PBT.

Ahli majlis perlu bersikap lebih peka dan proaktif dalam melaksana dasar-dasar yang telah diputuskan, boleh berfikir menjangkaui biasa serta sentiasa melihat masalah sebagai peluang.

Beliau menyatakan perkara ini perlu dilakukan oleh ahli majlis agar pelanggan akan rasa seronok berurusan dengan kerajaan dan puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Apabila pelanggan puas hati, secara tak langsung mereka akan memuji sikap responsif dan keprihatinan yang ahli majlis laksanakan.

Semua ahli majlis perlu menjalankan tanggungjawab dan turun padang melihat dan memahami keperluan penduduk dia setiap kawasan agar dapat memastikan perancangan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara efektif.

Pastikan Melaka sentiasa jadi negeri terbersih

Sulaiman juga meminta ahli majlis untuk memainkan peranan sebagai penasihat kepada PBT mengikut kepakaran masing-masing.

Mereka juga perlu meneruskan usaha dan laksanakan kempen kebersihan di kawasan masing-masing agar Melaka akan kekal menjadi negeri terbersih dan menarik lebih ramai pelancong.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media