Penerima Sinovac, individu berumur 60 tahun ke atas perlu dapat dos penggalak sebelum 31 Mac

24 Feb 2022 • 5:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 FEB: Kementerian Kesihatan hari ini setuju melanjutkan tempoh masa bagi penerima vaksin Sinovac berumur 18 tahun ke atas untuk memperoleh dos penggalak kepada 31 Mac ini.

Sebelum ini, individu terbabit perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

Ia turut membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang sudah menerima semua jenis vaksin.

“Mulai 1 April status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Putrajaya hari ini.