Lelaki Berjubah Bawa Anak Buat Aksi ‘Wheelie’ Kena Tahan Polis!

18 Feb 2022 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lelaki berjubah

Sebelum ini tular di media sosial, seorang lelaki berjubah yang menunggang motosikal sambil membawa anak perempuannya melakukan aksi wheelie telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi laporan Awani, polis telah berjaya menahan lelaki tersebut pada hari Khamis, semalam berdasarkan video yang tular di media sosial.

Buat aksi wheelie untuk raih perhatian

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid, aksi menunggang motosikal yang merbahaya itu dilakukan di Jalan Bukit Impian 1, Taman Impian Emas, Johor Bahru.

Kita menerima video memaparkan suspek menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama seorang kanak-kanak perempuan yang membonceng di bahagian hadapan motosikal dengan membuat aksi ‘wheelie’ iaitu mengangkat tayar hadapan.

Tujuan aksi tersebut adalah untuk meraih perhatian warga net dan telah dimuat naik ke dalam akaun Facebooknya peribadinya pada 15 Februari kira-kira jam 7 petang.

Tiga saman telah dikeluarkan, melibatkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, tak pakai topi keldar dan cukai jalan tamat tempoh.

Lelaki tersebut sekarang ini ditahan bagi membantu siasatan polis.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media