Cawangan PBS Limbahau diminta adakan AGM sebelum 7 Mac

Politics
22 Feb 2022 • 12:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Limbahau Datuk Johnny Mositun menggesa semua cawangan di bahagian itu untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) masing-masing dalam tempoh dua minggu akan datang.

Beliau berkata mesyuarat cawangan parti mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 Mac kerana mesyuarat agung tahunan parti dijangka diadakan pada penghujung Mac tahun ini.

“Memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan parti, saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli bahagian supaya sentiasa mendukung semangat setiakawan sesama mereka,” katanya pada satu mesyuarat dengan ketua-ketua PBS Limbahau di Dewan Serbaguna Mositun, di Sungkadon di sini, Ahad.

Mositun yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Limbahau turut menggesa semua pemimpin dan anggota bahagian itu untuk meningkatkan kekuatan di peringkat cawangan agar dapat terus menyokong dan membantu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam program-programnya untuk membangunkan negeri ini.

Ini khususnya bagi halatuju Sabah Maju Jaya, katanya.

“Kita ialah saluran penyebaran dasar serta program kerajaan kepada rakyat. Oleh itu kita, PBS Limbahau harus berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini dengan baik,” katanya.

Mengenai pemilihan di peringkat bahagian, Mositun berkata semua jawatan termasuk ketua bahagian terbuka untuk dipertandingkan.

Beliau turut menggesa pemimpin bahagian menjalankan kempen keahlian bagi menarik lebih banyak minat daripada kalangan generasi muda untuk menyertai PBS.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article