RedmiBook Pro 15 Akan Dilancarkan Pada 17 Mac Ini – Bakal Hadir Dengan Rekaan Nipis Dan Kekal Berkuasa

TechnologyDigital
14 Mar 2022 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Redmi K50 Gaming Edition sudah pun dilancarkan sebelum ini. Namun, bagi pengguna yang tidak begitu fokuskan permua – mereka nantikan Redmi K50 biasa yang dijadualkan akan dilancarkan pada 17 Mac akan datang. Bersama-sama dengan pelancaran siri Redmi K50, Redmi turut akan melancarkan komputer riba baharu mereka – RedmiBook Pro 15.

RedmiBook Pro 15 dikatakan akan hadir dengan rekaan tipis dan ringan sambil menawarkan prestasi yang gila berkuasa. Poster acah mereka mencadangkan yang prestasi komputer riba ini akan berada di luar imaginasi semua orang. Redmi turut dikatakan akan menggunakan rekaan baharu yang akan menyelesaikan masalah haba agar peranti kekal sejuk sentiasa.

image is not available

Menurut maklumat yang tertiris di web, komputer riba ini akan hadir dengan cip Intel Core Genrerasi ke-12 – Intel Core i7-12650H dengan kuasa 45W daripada 6 teras utama dan 4 teras biasa yang boleh mencapai sehingga 4.7GHz/24MB L3. Untuk grafik terbina, ia dikatakan akan hadir dengan Intel IHD Graphics 64EU. Sama-sama kita nantikan dan lihat kehebatan komputer riba ini nanti.

Cuma nanti, kami yakin komputer riba ini akan kekal untuk pasaran China dan entah bilalah ia akan dilancarkan di peringkat global – lebih-lebih lagi pasaran Malaysia.