Tak Perlu PCR Untuk Masuk Thailand, Cukup Ujian Antigen Kendiri Mulai Mei?

30 Mar 2022 • 6:00 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand akan mencadangkan kepada pasukan petugas COVID-19 kerajaan untuk membatalkan ujian RT-PCR mandatori bagi ketibaan antarabangsa dan menggantikannya dengan ujian antigen (ATK) yang dilakukan sendiri mulai Mei.

Dalam usaha merancakkan semula industri pelancongannya, Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata pengembara yang lengkap divaksin tidak perlu menginap di hotel yang ditempah awal dan menjalani ujian RT-PCR mandatori semasa ketibaan.

image is not available

"Kami jangka langkah itu akan dilulus dan dilaksanakan mulai 1 Mei, dengan syarat tiada lonjakan jangkitan baharu COVID-19 dan kematian semasa dan selepas perayaan Songkran (13 hingga 15 April)," katanya dipetik The Nation.

Setakat ini, pengembara antarabangsa yang memasuki negara itu perlu memohon dalam talian untuk mendapatkan "Pas Kebenaran Thailand " sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

image is not available

Mulai 1 April, pengembara antarabangsa yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani ujian COVID-19 yang dibuat 72 jam sebelum berlepas ke Thailand.

"Langkah itu akan memulihkan perjalanan biasa ke Thailand "seperti pada 2019" sebelum sekatan perjalanan COVID-19 global," katanya.

image is not available

Pada 2019, Thailand mencatatkan hampir 40 juta pengunjung termasuk 4.1 juta pengunjung dari Malaysia. Jumlah ketibaan pelancong menurun kepada 6.7 juta pada 2020.

Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara pada Isnin mengunjurkan 5.5 juta pelancong tahun ini.

Thailand merekodkan 21,678 kes baharu COVID-19 dan 78 kematian pada Selasa, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 1,351,963 dan 24,958 kematian, setakat ini.

image is not available

Sumber: BERNAMA

View Original Article