Malaysia Catat Nilai Rt 1.0, Sarawak Tertinggi, Sabah Terendah

3 Mar 2022 • 11:05 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rt tertinggi adalah di Sarawak, iaitu pada kadar 1.43, diikuti Perak iaitu 1.28. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 pada kadar 1.0 semalam, lebih rendah berbanding 1.02 direkodkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, Rt tertinggi adalah di Sarawak, iaitu pada kadar 1.43, diikuti Perak (1.28).

Terengganu merekodkan 1.18, Perlis (1.15), Labuan dan Negeri Sembilan masing-masing 1.12, Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Pulau Pinang dan Selangor pula masing-masing mencatatkan 1.09, Putrajaya (1.06), Kedah (1.05) serta Kelantan dan Melaka (1.04).

Dua negeri mencatatkan Rt pada kadar di bawah 1.0, iaitu Johor (0.97) dan Sabah (0.96). - Getaran, 3 Mac 2022.