Samsung Kini Turut Membuang Kepala Pengecas Daripada Kotak Jualan Siri Galaxy A

TechnologyDigital
5 Mar 2022 • 11:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telah pun memperkenalkan beberapa telefon pintar dibawah siri Galaxy A pada minggu ini, iaitu Galaxy A23 dan juga Galaxy A13. Walaupun hadir dengan penawaran seperti kamera 50-megapixel, serta sokongan pengecasan 25W, namun, salah satu perkara tidak menarik padanya adalah kini Samsung tidak menyertakan kepala pengecas secara terbina dalam kotak peranti siri Galaxy A.

Mengikut nyah-kotak awal, Samsung sekadar menyertakan kabel sahaja, dan tidak menyertakan kepala pegecas. Pengguna yang ingin menikmati pengecasan 25W, perlu membeliya secara berasingan.

Hal ini mungkin tidak disukai ramai, namun ini mungkin trend terbaru yang kita perlu biasakan dalam peranti-peranti baharu berspesfiikasi pertengahan dan rendah selepas ini.