Macau Scam: Doktor rugi RM63,950

6 Mar 2022 • 2:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA MARUDU: Hanya kerana menerima panggilan telefon tidak dikenali, wang simpanan sebanyak RM63,950 milik seorang doktor, di sini, lesap sekelip mata dipercayai diperdaya oleh sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, doktor wanita berumur 31 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kira-kira pukul 1.50 tengah hari, Sabtu.

“Ketika menerima panggilan itu, mangsa berada di tempat kerja dan suspek mendakwa nama dan MyKad mangsa digunakan oleh sebuah syarikat serta mempunyai cukai tertunggak selama 15 bulan yang berjumlah RM228,000,” katanya.

“Selepas itu, mangsa mendakwa taliannya disambungkan ke talian Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka dan bercakap dengan dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis kononnya pengadu terlibat dengan pengubahan wang haram serta penyeludupan dadah.”

Mangsa kemudian diminta untuk memberikan maklumat perbankannya, kononnya untuk tujuan pengenalpastian.

Menurut Zairolnizal, mangsa baru tersedar dia diperdaya pada lewat petang Sabtu, dan membuat pemeriksaan di semua akaun bank miliknya dan mendapati berlaku transaksi.

“Menyedari telah diperdaya, mangsa seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.