KKM Beri Kebenaran Suami Temani Isteri Bersalin Di Hospital Tapi Ada Syaratnya..

10 Mar 2022 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital telah berkuatkuasa pada Oktober 2021.

Bagaimanapun, menerusi ciapan di laman rasmi Twitter KKM, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak KKM.

Menurut KKM, polisi serta garis panduan yang dikeluarkan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa.

image is not available

Malah, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan di hospital tersebut.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga.

image is not available

Jelas KKM, hal ini kerana wanita hamil dan bayi yang baru dilahirkan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, pihak KKM turut menasihati orang ramai agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin hospital.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Kerajaan Teliti Kaji Semula Harga Pelitup Muka & Kit Ujan Kendiri" - KPDNHEP