Ananthan Somasundaram dilantik Setiausaha Politik PM

Politics
8 Mar 2022 • 7:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, Datuk Dr Ananthan Somasundaram dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau telah mengangkat sumpah ikrar jawatan tersebut di hadapan Perdana Menteri dan juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali di Pejabat Perdana Menteri, sekitar jam 3.30 petang Selasa.

Dr Ananthan merupakan penerima ijazah doktor falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan beliau dilahirkan di Kulim, Kedah.

Beliau pernah dilantik menjadi Senator pada tahun 2017 dan menjawat jawatan Timbalan Pengerusi MIC Kedah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved