
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana memiliki dua produk tidak berdaftar.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Total Reach Marketing Sdn Bhd selepas wakilnya mengaku bersalah kepada tuduhan terhadap syarikat itu.
Syarikat itu memiliki dua produk tidak berdaftar iaitu, Nature’s Gift C Complex (19 botol) dan Nature’s gift Spirulina.
Kesalahan itu berlaku pada pukul 11 pagi 24 September 2020 di premis syarikat di Plaza Tanjung Aru, di sini.
Kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM25,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semasa rayuan, wakil syarikat meminta hukuman ringan.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas sebab produk tidak berdaftar itu mungkin memudaratkan kesihatan awam. Syarikat itu membayar denda tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
