RoS pelawa empat kategori NGO pohon geran MyICE

31 Mar 2022 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pendaftar Pertubuhan (Sabah) menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah empat kategori – kebajikan, keselamatan, hak asasi dan sosial – memohon geran dikenali sebagai Pemerkasaan Komuniti Insentif Malaysia (MyICE) sehingga RM10,000.

Pengarahnya Yuniezah Marlya Binti Yunos berkata MyICE adalah geran inisiatif untuk NGO berdaftar yang kerajaan Persekutuan peruntukkan RM20 juta di bawah Belanjawan Negara 2022, di seluruh negara.