Berita palsu tular 29 Mac: K-Komm

29 Mar 2022 • 3:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-Komm) hari ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan poster yang mengandungi kenyataan rakyat tidak wajib lagi memakai pelitup muka bermula hari ini (29 Mac) seperti yang tular di media sosial.

MKN menegaskan bahawa poster tersebut merupakan kenyataan palsu dan orang ramai dinasihat tidak mudah percaya dengan maklumat palsu, sebaliknya menjadi warga digital bijak dan bertanggungjawab.

Orang ramai boleh membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.